Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Islam. Show all posts

posisi kaki : kepada saya yang lupa diri

Assalam..terdetik secara tibe2 nak berkongsi mengenai satu menda.
mungkin pendapat n mungkin meminta pandangan..
ianya mengenai satu menda yang hari-hari kita buat.
hurmm..ok la.straight to Centre Point r..
ni mengenai posisi kaki ketika solat..

cte bermula..
ble swaktu aku berada disatu program motivasi..
sblm solat ustaz 2 meminta kami meluruskan kaki..
mean hujung kaki mesti menuju kiblat..
mean kedua kaki lurus posisi..
selame ni aku tgok orang solat kaki mesti shape huruf V..
kirenye solat ruang antar tumit sempit n ruang antara hujung ibu kaki terbuka luas..

mungkin aku sorg jela yang agak ketinggalan soal ni.
hanya berkongsi..

sedikit info : “Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)


posisi kaki yang betul


posisi kaki yang salah

Kisah Rasulullah saw bersama Wanita Kafir

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti tergiur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'tahukan kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam saat saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.

Begitulah akhlak rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berhasil. Rencananya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Subnahallah..

Ringkas yang menambah rindu.Duhai kekasih Allah, adakah dikau tahu betapa ku merindui mu.

salam pendek jawab lebih


Soalan:
APAKAH perbezaan menjawab salam dengan Waalaikumsalam dan Alaikumsalam. Bagaimanakah cara menjawab salam yang sebenar?

Jawapan:
Perbezaannya dari sudut bahasa. Kalau dijawab salam yang diucapkan kepada kita dengan lafaz assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuhu hendaklah dijawab dengan wa alaikumussalam. Huruf wau yang membawa bunyi wa dalam ucapan balas salam membawa maksud dan kesinambungan ucapan salam. Ini kerana ucapan salam adalah ungkapan doa kita kepada sesama orang Islam. Sekiranya ada orang memberi salam dengan ucapan Assalamulaikum warahmatullah… membawa maksud: “Salam sejahtera ke atas kamu…” dan di jawab dengan alaikum salam tanpa wa… akan membawa maksud ke atas kamu kesejahteraan.

Sekiranya salam itu dijawab dengan wa alaikumussalam akan membawa maksud: “Dan ke atas kamu juga kesejahteraan. Wau dalam jawab salam itu adalah bermaksud dan ke atas kamu juga (semoga kamu juga peroleh apa yang kamu minta ke atasku ). Mungkin juga ketiadaan wa dalam jawab salam dengan alasan mustatir (disembunyikan). Namun adalah lebih tepat kalau dijawab dengan wa alaikumussalam….

Dalam al-Quran, Allah SWT menyarankan agar kita menjawab salam dengan ungkapan yang lebih sempurna firman Allah SWT yang bermaksud: “Apabila kamu diberikan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama.)

Firman Allah: Sesungguhnya Allah menghitung tiap-tiap sesuatu. (al-Nisa’:86). Dalam mentafsirkan ayat ini Ibnu Kathir menyebut: “Tambahan dalam salam adalah sunat manakala menjawab dengan ungkapan yang sama adalah fardu.” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld:1,hlm:706).

Dalam memahami galakan dalam ayat ini apa yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Jarir al-Tabari dalam menjelaskan cara baginda Rasulullah SAW menjawab salam. Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu memberi salam kepada baginda dengan ungkapan: “Assalamulaika ya Rasulullah” lantaran baginda menjawab: “Wa alaika assalam wa rahmatullah, kemudian baginda telah didatangi oleh seorang lelaki yang lain dan mengucapkan salam kepada baginda dengan ungkapan: “Assalamulaika ya Rasullah wa rahmatullah” lalu baginda menjawab salam lelaki itu dengan: “Wa alaika assalam wa rahmatullahi wa barkatuh”, kemudian lelaki lain pula datang lalu memberi salam kepada baginda dengan ucapan: “Assalamu alaika ya Rasulullah wa rahmatullahi wa barakatuh”, lalu baginda menjawab: “Dan ke atas kamu (bagi kamu seperti mana yang doakan).”

Lelaki yang terakhir kehairanan lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, demi sesungguhnya telah datang dua orang lelaki sebelum ini mereka memberi salam dan tuan telah membalasnya dengan lebih daripada apa yang diucapkan oleh kedua mereka berbanding dengan ucapan balas salam tuan kepada saya. Baginda menjawab: “Sesungguhnya engkau tidak tinggalkan untukku apa-apa”. Ini bermaksud bila seseorang beri salam kepada orang lain hendaklah memberi salam dengan: “Assalamulaikum atau Assalamulaikum wa rahmatullah,” supaya orang yang menjawab mempunyai peluang untuk jawab lebih daripada orang yang memulakan salam.

Seperkara yang jelas dalam riwayat ini ialah, sekiranya ada ungkapan yang lebih baik dan lebih panjang sudah pasti akan disebut oleh Rasulullah SAW. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld:1,hlm:707)

Daripada huraian ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkara memberi dan menjawab salam itu bukanlah juga mudah, kerana atas tanggapan ia sudah menjadi perkara biasa, tetapi ia mempunyai huraian dan permasalahan yang patut difahami oleh masyarakat kita.

Islam mengajarkan umatnya supaya menanamkan dalam diri dan menjadikan budaya memberi salam sebagai salah satu cara hidup bermasyarakat. Islam menyeru umatnya agar mendoakan saudaranya dengan kesejahteraan. Oleh sebab itu, untuk memupuk amalan memberi salam, kita harus menanamkan budaya memberi salam di kalangan anak-anak kita sejak kecil lagi.

Allah SWT telah mengaturkan cara salam untuk umat Islam bagi menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang penuh kedamaian, ketenteraman dan ketenangan. Dalam hubungan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi umat…” (al-Baihaqi)

Dalam memberi salam ada beberapa keadaan yang dimakruhkan memberi salam yang sepatutnya diketahui umum. Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya.

Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:

- Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.

- Orang yang sedang tidur atau mengantuk.

- Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.

- Orang yang makan sedang makanan berada dalam mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.

- Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jemaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.

- Orang yang sedang membaca al-Quran, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qurannya dimulai lagi dengan Isti‘adzah.

- Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).

- Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan alaikassalam. Ini kerana mengikut riwayat ungkapan itu biasa ucapkan kepada jenazah.

- Makruh memberi salam dengan isyarat.

- Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ia akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.

Tidak sah sembahyang tanpa tomakninah

SOALAN:

Di masjid tempat saya berjemaah ada seorang tua pertengahan umur yang sembahyang sunat tidak ada tamakninah, terutama ketika iktidal. Belum lagi dia menegakkan badan, dia terus melakukan sujud. Hati saya sering berkata-kata, ``alangkah ruginya orang ini kerana tidak sah sembahyangnya.''

Saya seakan-akan tidak khusyuk kerana terlalu berkeinginan memastikan yang pandangan saya tidak silap, iaitu memerhatikannya setiap kali dia sedang sembahyang tanpa tamakninah. Siapakah yang sepatutnya menegur beliau? Saya takut dia akan berkecil hati kalau saya menegurnya, kerana dia telah tua dan selalu berjemaah di masjid. - Amir Hamzah, Selangor.

JAWAPAN:

Baginda Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Barang siapa berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia berdiri melakukan sembahyang, maka dia hendaklah menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan bacaan padanya.

Maka sembahyang itu berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau seperti engkau telah memelihara akan daku. Kemudian sembahyang itu dibawa ke langit dengan sinar dan cahaya, maka dibuka untuknya pintu-pintu langit, sehingga sampai kepada Allah, lalu ia meminta ampun bagi orang yang melakukan sembahyang tadi. Sebaliknya, jika tidak sempurna rukuk, sujud dan bacaannya, maka sembahyang itu berkata: Semoga Allah mengabadikan dikau seperti kau abadikan akan daku. Kemudian ia dibawa naik ke langit, diliputi oleh kegelapan sehingga sampai ke langit, maka tertutuplah semua pintu langit baginya, kemudian dilipat sembahyang itu bagaikan baju yang kusut kumal, lalu dipukulkan dengannya ke muka tuannya.Hadis ini menjelaskan bahawa ibadah sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu selain berupaya membentuk peribadi yang baik, ia juga memberi manfaat kepada tuannya biarpun ketika tuannya masih hidup. Ibadah sembahyang yang dimaksudkan di sini, ialah sembahyang yang sah dan diterima oleh Allah.

Perlu dijelaskan bahawa tamakninah adalah salah satu daripada rukun sembahyang, tanpanya sembahyang seseorang itu tidak sah. Sembahyang yang tidak sah tidak memberi manfaat kepada tuan punya diri. Baginda menyuruh setiap orang yang sembahyang itu melakukan sembahyang sama seperti sembahyang yang dilakukan oleh baginda. Ketika rukuk, baginda meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas lutut, kemudian merenggangkan jari-jari dan menunggu sebentar, sehingga setiap anggota itu berada di tempat masing-masing. Menunggu sebentar yang dimaksudkan di sini ialah tamakninah. Pada suatu ketika baginda melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, iaitu tanpa tamakninah. Baginda bersabda: Sekiranya orang ini mati dalam keadaannya begini, nescaya dia mati luar daripada agama Muhammad. Dia mematuk sembahyangnya seperti gagak mematuk darah. Perbandingan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya dengan cara mematuk itu adalah seperti orang yang lapar, yang memakan sebiji atau dua biji tamar, yang tidak mengenyangkan daripada sesuatu.

Baginda juga menjelaskan bahawa sesungguhnya tidak diperkira sembahyang seseorang yang tidak menegakkan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud.Begitu juga halnya ketika iktidal, seseorang itu hendaklah melakukan tamakninah. Tidak sah sembahyang seseorang tanpa melakukan tamakninah ketika iktidal. Mengenai tamakninah pada iktidal, baginda bersabda: Apabila engkau telah mengangkatkan kepala, maka tegakkanlah tulang belakang kamu dan angkat kepala sehingga tulang-tulang kembali atau berada di sendinya. Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w. melarangnya mematuk-matuk ketika sembahyang seperti patukan ayam. Baginda juga melarang seseorang itu berpaling, seperti palingan musang dan duduk seperti duduk kera. Baginda bersabda: Sejahat-jahat curian manusia itu ialah orang yang mencuri sebahagian daripada sembahyang. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah manusia boleh mencuri sebahagian daripada sembahyang. Baginda menjawab: Orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.

Juzuk

Jelasnya, tamakninah adalah salah satu daripada rukun sembahyang yang mesti dilakukan. Rukun menurut bahasa bererti juzuk atau tiang bagi sesuatu objek. Apabila ia merujuk kepada ibadah sembahyang ia adalah merujuk kepada juzuk-juzuk yang tersusun daripadanya hakikat sembahyang.

Tamakninah pula bererti tenang dan tetap tanpa bergerak, tidak bergoncang atau tidak bergegar. Yang dimaksudkan dengan tamakninah di sini ialah diam selepas bergerak dan tetap anggota sekira-kira ada perenggan antara dua kelakuan. Tamakninah adalah syarat sah bagi rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tanpa tamakninah bererti sem bahyang seseorang itu tidak sah. Ada beberapa tempat dalam sembahyang yang mesti ada tamakninah, iaitu ketika rukuk, yang mesti dilakukan pada setiap rakaat, iaitu dengan membongkokkan badan, sambil menundukkan kepala dan dua tapak tangan diletakkan di atas lutut. Begitu juga ketika iktidal, iaitu ketika bangun kembali kepada qiyam (berdiri) sebelum. Begitu juga ketika melakukan sujud dua kali pada setiap rakaat, iaitu dengan meletakkan dahi di atas tempat sembahyang. Rukun lain yang mesti disertakan dengan tamakninah ialah ketika duduk antara dua sujud.

Asma binti Abu Bakar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Apabila seorang hamba itu masuk di dalam kuburnya, maka sekiranya dia seorang Mukmin, dia akan dipagari oleh amalannya, sembahyang dan puasa. Maka datanglah malaikat dari arah sembahyang tadi, lalu ditolak akan dia, dan datang dari sebelah puasa maka puasa menolak akan dia, maka ia mendatanginya lalu menyeru: Duduk, maka duduklah manusia tadi.

Maka ia pun bertanya kepada amalan: Apakah yang engkau katakan tentang lelaki ini? Amalan itu bertanya siapa? Lantas ia menjawab: Aku naik saksi sesungguhnya dia adalah Rasulullah. Baginda bersabda: Maka malaikat itu pun berkata: Atas dasar demikianlah engkau hidup dan di atasnyalah engkau mati dan di atasnya engkau dibangkitkan. Allah berfirman menyatakan bahawa sembahyang mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Berdasarkan hadis-hadis di atas, juga firman Allah yang terakhir ini ternyata bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang hamba itu memberi manfaat kepada diri pelakunya ketika seseorang itu masih hidup juga ketika mati. Perlu difahami bahawa sembahyang yang memberi manfaat yang dimaksudkan di sini ialah sembahyang yang sah hukumnya, iaitu apabila seseorang hamba itu berupaya melakukan sembahyang itu dengan sempurna atau menepati syarat dan ketentuannya, iaitu memenuhi segala keperluan rukun sembahyang.

Begitu juga dengan pembentukan peribadi yang luhur terjadi hasil daripada ibadah sembahyang yang sah dan diterima Allah. Sembahyang yang tidak diterima oleh Allah tidak berupaya membentuk peribadi murni. Di antara petunjuk sembahyang yang tidak sah itu ialah sembahyang yang tidak disertai dengan tamakninah. Kerana itulah maka ramai orang yang melakukan ibadah sembahyang, tetapi di luar sembahyang orang yang berkenaan tetap melakukan kejahatan dan kemungkaran seperti mengambil riba, makan rasuah, pecah amanah, memakan harta anak yatim dan sebagainya. Kecenderungan saudara memerhatikan orang lain sembahyang tanpa tamakninah memang mempunyai alasan. Terfikir oleh akal bagaimana seorang yang telah berumur boleh melakukan sembahyang tanpa tamakninah. Kalau umurnya menjangkau 50 tahun misalnya dan sembahyang yang dilakukan tanpa tamakninah, maka sembahyang yang dilakukan menjadi sia-sia. Walaupun demikian, apa yang saudara lakukan itu tetap mengubah rasa khusyuk ketika sembahyang. Saudara sewajarnya menumpukan pengamatan kepada Allah yang disembah. Memang saudara ada alasan berbuat demikian, tetapi alasan itu ditambah lagi oleh gesaan syaitan agar saudara memerhatikan hal seumpama ini berulang kali, menyebabkan konsentrasi saudara berada di luar sembahyang biarpun diri saudara tetap dalam sembahyang.

Baginda ada bersabda: Bahawa apabila seseorang itu sembahyang, maka janganlah kamu berpaling muka, mengangkat pandangannya ke langit, ke kanan atau kiri. Sesungguhnya Allah mengarahkan mukanya ke muka hamba-Nya ketika hamba itu bersembahyang, selagi dia tidak berpaling. Setiap orang berhak menegur saudaranya yang melakukan kesilapan apatah lagi sekiranya ia melibatkan ibadah seperti ini. Bagi orang yang ditegur pula, andainya dia seorang yang bijak, selalu datang berjemaah, dia akan banyak berterima kasih apabila diperbetulkan. Walaupun demikian tidak semua orang dapat menerima teguran walaupun niat orang yang menegur itu baik. Kerana itu setiap orang perlu berhati-hati untuk berbuat demikian.Dalam keadaan seumpama ini, imam adalah orang yang lebih utama untuk membetulkan atau menegurnya kerana dia adalah ketua bagi sebuah masjid biarpun tidak dapat dinafikan orang lain juga berhak berbuat demikian. Selain daripada itu guru yang memberi kuliah di masjid perlu menegur kesilapan orang lain. Dalam keadaan apa sekalipun, memang ada orang yang terus melakukan sembahyang tanpa tamakninah terutama ketika iktidal, biarpun telah diberitahu dan diperingatkan berulang kali.

✿ Kisah di neraka..naudzubillah ✿

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”


Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”


Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.


Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.



Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.


Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,


✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”


Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.



✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”



Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.


✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”


Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.


✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.


Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?


Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.


✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.


Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.


Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.


Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.


✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?


✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"


Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.


“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”


p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..


❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤

9 jenis syaitan


Simpanlah baik2 ilmu ini sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka . Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Zikir Dalam Satu Minggu Untuk Mengsucikan Hati Dan Jiwa


ISNIN - LAHAULAWALA QUWATAILLA BILLA HILLA’LI YUL A’ZIM.
Bila di amalkan akan menghilangkan perasaan takbur,riak,sombong, dan sifat mazmumah.Sekali sebut pahalanya sebesar bukit Uhud.

SELASA - ALLAHUMASALIA’LAMUHAMMAD A’BDIKA WARASULIKA NABIYI UMMIYI.
Bila diamalkan selalu akan menghapuskan dosa kita setahun dan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat.

RABU - ASTHAGHAFIRULLAH HAL A’ZIM ALLAZI.LAILLA HAILLAHUALYUL QUIYUM WAATU BUILAIH.
Bila di amalkan selalu akan menghilangkan titik hitam yang selama ini mengotori hati dan jiwa.Sekali sebut maka hilang satu titik hitam.

KHAMIS - SUBHANALLAH HIL A’ZIMIWABIHAMDIH.
Bila di amalkan akan terhapus segala dosa kita sebanyak bintang di langgit dan buih di bumi.

JUMAAT - YA ALLAH.
Akan menghampirkan diri kita dengan Allah jika di amalkan selalu.

SABTU - LAILLAHAILLAHALLAH MUHAMMADAN RASULLULLAH.
Zikir ini akan membuatkan hati dan jiwa kita sentiasa dalam ketenangan,lapang dan tenteram.

AHAD - YA HAYYU YA QAYYUM.
Allah akan sentiasa memelihara kita dari melakukan perkara yang mungkar.


p/s : same2 la kita bykkn zikrullah agar lebih diberkati..insya-Allah..

Muazzin Islam : Bilal Bin Rabah


















Assalamualaikum..

Seorg tokoh islam yg tidak asing lg dlm Kalendar perjuangn Islam..sumbangan terutama dlm perkembgn madrasah dan surau menjadikan beliau tokoh yg mulia di zaman itu..
Bilal Al-Habsyi r.a adalah sahabat yang cukup terkenal. Beliau seorang muadzin tetap di masjid Nabawi. Dahulu beliau seorang budak dan hamba sahaya milik seorang kafir Quraisy. Kemudian masuk Islam , dengan keislamannya ini menyebabkan ia banyak menanggung pederitaan dan mengakami siksaan dari orang-orang kafir.

Umayyah bin Khalaf adalah seorang kafir yang paling keras memusuhi umat Islam. Di atas padang pasir yang panas dan di tengah terik matahari yang menyengat. Bilal r.a ditelentangkan dengan ditindihkan batu yang besar didadanya sehingga ia tidak boleh menggerakkan badannya sedikitpun, sambil dikatakan kepadanya “ Apakah kamu mau mati dalam keadaan demikian atau tetap hidup, dengan syarat engkau tinggalkan Islam?” Meskipun dalam keadaan demikian, ia tetap menyatakan Ahad,Ahad yaitu yang boleh disembah hanya satu. Pada malam harinya sambil diikat dengan rantai, ia dicambuki terus menerus, sehingga badannya penuh luka. Pada siang harinya dengan lukanya tersebut ia dibaringkan kembali di atas padang pasir panas sehinga penderitaannya bertambah berat disamping harus menanggung penderitaan kerana luka-luka dibadannya. Tuannya berharap bahwa dengan cara seperti itu ia akan mati perlahan-lahan, kecuali jika ia mau meninggalkan Islam. Orang yang menyeksa bilal r.a selalu berganti. Kadang-kadang Abu Jahal dan kadang-kadang Umayyah bin Khalaf, kadang orang lainnya ikut menyeksanya. Mereka berusaha sekuat mungkin untuk menimpakan penderitaan yang lebih berat kepada Bilal r.a.

Ketika Abu Bakar As-Shiddiq r.a. melihat hal itu, Iapun membeli Bilal r.a dan terus membebaskannya.Kemudian beliau menjadi muadzin Rasulullah saw yang berkhidmat dalam menyerukan adzan untuk mendirikan solat. Setelah Rasulullah wafat ia tinggal di Madinah Thayyibah. Tetapi ia merasa tidak tahan melihat bekas tempat Rasulullah saw yang kosong. Kerana itu ia berniat di dalam hatinya, bahwa sisa-sisa hidupnya akan di habiskannya untuk berjihad dalam agama. Sehingga ia berniat untuk berangkat bersama-sama bergabung dengan lasykar jihad yang berperang fi sabilillah. Sampai beberapa waktu lamanya ia tidak kembali ke kota Madinah.

Suatu malam bermimpi bertemu Rasulullah saw belau berkata dalam mimpinya,” wahai bilal, kezaliman apakah yang engkau lakukan sehingga engkau tidak mau menziarahiku?” Setelah bangun dari mimpinya, ia segera berangkat ke Madinah. Sesampainya disana, Hasan dan Husein r.a cucu Rasulullah , memintanya untuk mengumandangkan adzan. Permintaan orang yag dicintainya itu tidak dapat ditolak olehnya. Mulailah ia adzan, maka terdengarlah suara adzan seperti masa hidupnya Rasulullah saw. Suara itu sungguh menyentuh hati orang yang mendengarnya. Para wanita menangis, mereka keluar dari rumahnya untuk mendengarkannya.
Untuk beberapa hari, beliau tinggal di Madinah, setelah itu beliau kembali. Dan tahun kedua puluh hijriyah beliau wafat di Damsyiq. ( diambil dari kisah sahabat oleh Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi Raha)