Bangunlah Wahai Melayu, BANGUN!!!

melaka, melaka, melaka
satu saat, satu ketika
dirimu tersohor, namamu harum
dirimu terkenal, dengan kisah-kisah agung empayar melayu islam melaka
rakyat mu hidup aman, sejahtera, kaya raya
bahasa melayu diangkat menjadi lingua franca
membasahi lisan masyarakat asia
dan para pedaganag dari timur dan barat, selatan utara
jong-jong melayu pada itu
jauh meninggalkan kehebatan kapal-kapal portugis
sehingga
ada yang sudah pun berlabuh di madagascar
undang-undang mu ditunjangi syariat
dijelmakan menerusi hukum kanun melaka dan undang-undang laut melaka
islam menjadi cara hidup mu
mantapnya peribadi mu wahai melaka
sehinggakan sarjana barat pernah mendakwa
barang siapa menguasai melaka, maka dia menguasai venice
kehebatanmu tidak tertanding
sukar di*tanya
mustahil dibanding-banding
namun
1511 dunia menyaksikan sebuah empayar islam tumbang
dimamah dan diratah oleh kerakusan tentera2 kufar laknatullah'
serangan demi serangan dilakukan
generasi demi generasi dihancurkan
dihancurkan mindanya
dihancarkan identitinya
dihancurkan maruahnya
hari ini melayu lebih mengagungkan teori peperangan tsun zu
berbanding prinsip tun perak
melayu lebih gemar memetik bicara winston churcill
daripada belajar kepimpinan sultan alaudin riayat shah
hari ini melayu lupa
hari ini melayu alpa
ramai yang kejarkan dunia
sedangkan maruah bangsa dirobek dan dihina

siapa juara menagih dadah?
melayu

siapa juara membuang bayi?
melayu

merempit, berjudi, berzina, rasuah, gay, lesbian, sumbang maharam
siapa juaranya.. kalau bukan melayu?

hari ini kita tidak perlu meredah belantara untuk mencari musuh
kerana musuh sudah pun berada bersama kita
mereka juga berbangsa melayu
berbahasa melayu
tetapi mereka lah pengkhianat melayu
pengkhianat negara
pengkhianat agama

bangunlah wahai melayu, bangun
kita hadir disini bukan untuk menangisi kekalahan
kita juga hadir bukan untuk dibuai sejarah kegemilangan
ya!!! 500 tahun dahulu memang kita tersungkur dibumi
tetapi
adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun
usah berjalan diatas bumi sendiri seperti lembu dicucuk hidung
hidup bak melukut ditepi gantang
kita dilahirkan mulia, maka hidup mulia
mati jugak sebagai mulia
kita mahu bangkit bersaama
berjuang bersama

gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni
berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing
hati kuman sama kita cecah, hati gajah sama kita lapah
biar seribu musuh dihadapan
kita serbu bak badai menggila
kita genggam bara api sampai jadi arang
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan


bangun wahai melayu bangun
jangan persiakan pengorbanaan nenek moyang mu
jangan dimalukan asal keturunan mu
bangun melayu bangun
dayung sudah hilang
perahu sudah hilang
apa yang kita tunggu lagi wahai melayu
mara kedepan
biar kita mati sebagai pejuang
jangan hidup bernafas sebagai petualang
ya Allah, ya Allah
pinjamkan kami kebranian umar al-khattab
ketangkasan khalid al-walid
kecekalan thariq bin ziyad
kekentalan salahudin ayubi
dan ketajaman sultan muhammad al fateh
bantu umat melayu islam YA Allah
melayu sepakat islam berdaulat
takkan melayu hilang didunia
takbir!!!
Allahuakabar
takbir!!!
Allahuakbar
takbir!!!
Allahuakbar


(sumber sajak adalah dari Program Kemm1511 di UTEM, Melaka pada 29 Januari)

2 hit:

Zikri Husaini said...

ayuh kita semua.. jangan masih lagi tidor terlalu lama.... kita masih lagi ketinggalan dalam banyak bidang...

fad fadello fadzil said...

2 la..subuh pon xbgun..pe crita..haha~

Post a Comment