Bans White Coffin (Polisterin)


Tahukan anda ..Bekas Polisterina yang digunakan untuk membungkus makanan adalah amat berbahaya kepada kesihatan serta boleh mendatangkan berdozen-dozen penyakit kronik seperti kanserBahan makanan yang terdedah secara terus kepada bahan ini akan diresapi oleh bahan kimia yang terdapat dalam bahan polisterina ini.
Ketua Jabatan Kemudahan, Pemakanan dan Perkhidmatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Noriah Ismail, berkata bekas Eco-pack yang diperbuat daripada fiber tandan kelapa sawit itu lebih selamat kerana polisterina putih yang digunakan selama ini mengandungi banyak bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser.
“Bekas polisterina ini juga memberi kesan kepada alam sekitar kerana memerlukan sekurang-kurangnya 500 tahun untuk reput, manakala jumlah tenaga yang tinggi untuk memusnahkannya.
“Sebaliknya, Eco-Pack boleh dikitar semula dan selepas tiga bulan jika tertanam, ia akan bertukar menjadi baja,” katanya
.

0 hit:

Post a Comment